B.MALAYSIA | ENGLISH
     
Tema        
Warna Huruf        
 
 
 
 
PAUTAN JKR
Jumlah Pelawat
Hari ini 1
Semalam 37
Minggu ini 158
Minggu lepas 402
Bulan ini 1083
Bulan lepas 1435
Jumlah 24910
  • Selamat Datang Ke Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
 
 

Mengenai Kami

 

Bgn_KKangsar

Jabatan Kerja Raya Kuala Kangsar pada asalnya dikenali sebagai 'Public Work Department' (PWD) Kuala Kangsar dan ditubuhkan pada tahun 1878 oleh Hugh Low iaitu Residen Ketiga Inggeris di Perak. Penubuhannya bertujuan untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan infrastruktur di Kuala Kangsar.

Pada awal penubuhannya, iaitu dalam tahun 1878 PWD Kuala Kangsar telah diterajui oleh seorang 'District Engineer' iaitu Mr. G.T. Tickell yang mempunyai kuasa untuk menjaga kawasan merangkumi satu daerah besar di mana Daerah Hulu Perak, Daerah Dinding dan sebahagian Daerah Perak Tengah adalah termasuk dalam tanggungjawab PWD Kuala Kangsar.

Pada 1hb Januari 1933, PWD Dinding (JKR Manjung) yang ditadbir oleh Pentadbiran Negeri-negeri Selat (Straits Settlement) telah diambilalih oleh Pentadbiran PWD Kuala Kangsar. Kemudian pada tahun 1945, sebelum Perang Dunia Kedua, PWD Hulu Perak (Upper Perak) dan Dinding adalah dibawah pentadbiran PWD Kuala Kangsar tetapi selepas perang daerah-daerah tersebut telah diletakkan dibawah pemerintahan Inggeris (BMA) sebelum daerah-daerah tersebut diserahkan kepada Daerah Kinta dibawah pemerintahan "Garison Engineer Kinta". Pada tahun 1950an, sebahagian daripada kawasan Parit dan Bota telah diambil oleh Pentadbiran PWD Perak Tengah dan dalam tahun 1980, Daerah Grik dan Lenggong telah diserahkan kepada pentadbiran PWD Hulu Perak.


Pada masa itu, pentadbiran PWD Kuala Kangsar merangkumi banyak jabatan-jabatan lain yang mana jabatan-jabatan ini diselenggara oleh PWD. Antaranya, Jabatan Anti Malaria, "Road, Street and Bridges", "Works and Buildings", "Waterwork", "River Conservancy", "Store & Furniture", "Railway", "Port and Aerodromme' dan "Irrigation and Drainage". Pada tahun 1hb Januari 1932 Jabatan "River Conservancy" dan "Irrigation and Drainage" telah menubuhkan jabatannya sendiri yang dikenali sebagai 'Drainage and Irrigation Department'.

Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar pertama adalah bertempat di bangunan JKR 89N yang mana telah berkongsi bangunan dengan Pejabat Daerah dan Tanah. Bangunan JKR 89N ini telah dibina dalam tahun 1913 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM65,533.38. sebelum terbina bangunan JKR 89N ini, tidak diketahui dengan jelas kedudukan atau tempat terletaknya Pejabat JKR. Selepas pada itu, JKR Kuala Kangsar telah berpindah ke bangunan di dalam kawasan Pentadbiran-Pentadbiran Kerajaan Negeri yang terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Tun Abdul Razak. Pejabat pentadbiran JKR Kuala Kangsar telah ditempatkan di Bangunan Pejabat Kerajaan (JKR 1100N).

JKR Kuala Kangsar meliputi sembilan (9) mukim yang terdiri daripada Mukim Kota Lama Kanan, Mukim Kota Lama Kiri, Mukim Sayong, Mukim Senggang, Mukim Chegar Galah, Mukim Kampung Buaia, Mukim Pulau Kamiri, Mukim Lubuk Merbau, dan Mukim Sungai Siput dengan keluasan keseluruhan 204.946km persegi.

Selaras dengan itu, bilangan kakitangan JKR Kuala Kangsar adalah seramai 166 orang dimana diterajui oleh seorang Jurutera Daerah dan dibantu oleh dua orang Jurutera iaitu Jurutera Bangunan dan Jurutera Jalan untuk memudahkan melaksanakan kerja-kerja di daerah Kuala Kangsar. JKR Kuala Kangsar dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu Bahagian Jalan, Bangunan, Senggara dan Pentadbiran & Kewangan . Kerja-kerja utama yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Kangsar amnya banyak melibatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam.

 
Kalendar
Bancian
Apakah pendapat anda terhadap laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Kangsar ?


Arkib
Galeri

   video    foto    audio

Media Sosial

     facebook-kementerian        facebook-JKR malaysia       RSS

Hak Cipta Terpelihara © 2013 Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Kangsar.
Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

JABATAN KERJA RAYA DAERAH KUALA KANGSAR
Pejabat Jurutera Daerah, JKR Kuala Kangsar, Jalan Taiping,
33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.

Tel: 605-7764040/7764066 Faksimili: 605-7769901 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

Paparan terbaik pada resolusi 1024px x 768px menggunakan : 
Internet Explorer 8++ Mozilla Firefox 10++ Google Chrome 

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 25 April 2014